23 Mac 2019

Penggalian Dan Pengalihan Kubur Nenek Kebayan

Loading...

Pada 22 Januari 2019, jam lebih kurang 9.00 pagi,  satu operasi  penggalian dan pengalihan kubur lama (Nenek Kebayan) secara bersepadu telah dijalankan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah di Pulau Besar, Melaka. Sehubungan itu,  penggalian dan pengalihan kubur tersebut dijalankan  atas tujuan pengesahan terdapat mayat yang dipercayai Nenek Kebayan ditanam dikawasan tersebut dan juga atas tujuan mencegah daripada berlakunya aktiviti khurafat seperti pemujaan di kawasan tersebut. 

 

Penggalian dan pengalihan kubur lama (Nenek Kebayan) tersebut dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh MAIM dan diketuai oleh ustaz Mohd Fauzi Bin Jaafar (MAIM). Hasil penggalian mendapati tiada menemui tanda-tanda mayat seperti serpihan tulang dan lain-lain. Namun sebagai syarat, segumpalan tanah kubur tersebut diambil dan dibungkuskan serta di pindahkan di Tanah Perkuburan Bidadari MAIM, Jelutong, Sungai Putat Melaka pada  22 Januari 2019 jam lebih kurang 12.30 tengahari.