26 Mei 2019

Program Forum Bicara Ad-Deen Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 1440H /2019M

Loading...

Program Forum Bicara Ad-Deen Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 1440H /2019M pada 6 Mac 2019 (Rabu) bertempat di Masjid Institusi Salmah Khamis, Masjid Tanah, Melaka menampilkan panel penceramah hebat iaitu Sahibus Samahah Datuk Hj Abdul Halim Bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka), Al-Fadhil Datuk Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz (Personaliti Dakwah) dan Moderator Al-Fadhil Ustaz Abdul Sukor Bin Talib (Jurulatih Kecerdasan Minda) dengan tajuk "Peranan Ibubapa & Masjid Membentuk Insan Ulul Albab". Program ini dianjurkan oleh JAIM, MAIM, SM Imtiaz Ulul Albab Melaka, Jawatankuasa Masjid Institusi Salmah Khamis dan Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama agensi kerajaan seperti JKR, MPAG, IPD Alor Gajah dan RTM (Radio Melaka FM). Justeru terima kasih kepada YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati Binti Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah) atas kesudian hadir menyampaikan Cenderamata dan memberi sumbangan untuk persiapan program. Begitu juga ucapan terima kasih buat Penyelaras DUN Lendu iaitu YBhg. Tuan IR Ridhuan Affandi Bin Abu Bakar atas sumbangan untuk kelancaran program ini. Terima kasih kepada semua hadirin dan urusetia yang menjayakan program ini. Jazakumullah khairal jazak.