19 Oktober 2018

Lawatan Kerja Ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, JAWI

Pada 5 Mac 2018 (Isnin) Bahagian Penyelidikan, JAIM telah menganjurkan satu lawatan kerja ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, JAWI yang terletak di Taman Selaseh, Kuala Lumpur.  Lawatan ini turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Tuan Hj. Muhammad Ikram B. Ibrahim.

Objektif Lawatan

  1. Untuk melihat proses pelaksanaan pelupusan Al-Quran mengikut syariah selain bertukar-tukar pendapat dan idea bagi memantapkan lagi fungsi di Bahagian Penyelidikan.
  2. Mewujudkan kerjasama diantara JAIM  dan JAWI di dalam proses pelupusan Al-Quran.
Loading...