19 Julai 2019

Program Dakwah Peringkat Dun Ayer Limau Bil. 1/2019

Program Dakwah Peringkat DUN Ayer Limau Bil. 1/2019M yang telah berlangsung pada 14 Mac 2019 (Khamis) di Masjid Raudhatul Solihin, Kg. Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka menampilkan penceramah hebat Al-Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab (Personaliti Dakwah). Jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Hj Ruslin Bin Haji Hasan (Penyelaras DUN Ayer Limau), YBhg Ustaz Muhammad Mawardi Bin Shafai (Pegawai Tadbir Agama Daerah Alor Gajah), Tn. Nazri Bin Ramli (Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah mewakili YBhg. Datuk Seri Hj Ruslin Hasan), Tuan Penceramah Sohibul Fadhilah Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab, Pejabat Japerun Ayer Limau, Tn Hj Abdul Rahim Bin Daud PPMD Masjid Tanah, YBhg. Ybhg. Kol (B) Tn. Hj Zaini Bin Hasim Pengerusi Masjid & Saf Jawatankuasa Masjid Raudhatul Solihin, urusetia Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, anggota Polis IPD Alor Gajah, barisan Urus Setia Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, barisan MPKK, pegawai dari agensi2 kerajaan, masyarakat dalam DUN Ayer Limau, serta para jemaah yang sudi hadir, semoga segala usaha dan kehadiran semua diberkati Allah SWT. Jazakumullah khairal jazak.

Loading...