Pendidikan

Bahagian Pendidikan

 
   
  HJ. ALI BIN MOHAMED
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN
 


NO. 43-1, 43-2, 45-1 DAN 45-2 JALAN KPAA 2, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL-AZIM,75150 JALAN BUKIT BARU, MELAKA

NO TELEFON 06-2882040
NO FAKS 06-2827916

 

Menyediakan sistem pendidikan agama yang dapat melahirkan ummah yang bertakwa dan berakhlak mulia
Sektor Pengurusan Sekolah
  • mengujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah agama negeri yang sistematik, kondusif dan berkesan.
Sektor Pengurusan Akademik
  • Membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran yang ada dalam kurikulum JAIM, kurikulum bersepadu Sek. Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
  • Mempertingkatkan prestasi pancapaian pelajar dalam sekolah peperiksaan yang dikendalikan oleh JAIM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Mewujudkan suasana asrama yang kondusif
  • Membentuk pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang kokurikulum
  • Mewujudkan sistem pengurusan pelajar yang teratur dan berkesan
  • Melahirkan anggota perkhidmatan pendidikan yang cemerlang
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
  • Mewujudkan sistem pentadbiran, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cekap dan teratur

 

Sektor Pengurusan Sekolah
  • Merancang , menyelaras dan memantau institusi pendidikan agama negeri.
  • Menyelaras keperluan guru, kelas dan peralatan sekolah.
  • Menguruskan permohonan pendaftaran sekolah agama swasta
  • Menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka
  • Menyelaras pentadbiran dan aktiviti PIBG dan LEKAS.
  • Menyelaras pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah-sekolah agama negeri.
  • Menyelaras peraturan sekolah dan disiplin pelajar.
  • Mengadakan kursus asas guru-guru sekolah agama.
  • Menguruskan penempatan dan pertukaran guru-guru sekolah agama.
Sektor Pengurusan Akademik
  • Menyedia dan mengemaskini kurikulum sekolah agama negeri.
  • Memantau pelaksanaan kurikulum yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Menguruskan peperiksaan di bawah kurikulum agama.
  • Menyelaras urusan peperiksaan kurikulum akademik.
  • Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
  • Menyelia pengurusan pusat sumber sekolah.
  • Merancang dan melaksanakan latihan guru-guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan dan mengemaskini senarai buku teks kurikulum agama dan akademik.
  • Merancang dan menyelaras program kecemerlangan pelajar.
Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  • Mengurus perkara berkaitan hal ehwal murid dan pelajar merangkumi urusan pengambilan pelajar baru, pertukaran sekolah, disiplin, bimbingan dan kaunseling, kesihatan, kebajikan, biasiswa dan asrama.
  • Mengurus hal ehwal berkaitan aktiviti ko-kurikulum merangkumi persatuan pelajar, pasukan pakaian seragam dan sukan serta menyelaras kursus untuk kecemerlangan pembelajaran dan kepimpinan pelajar.
  • Merancang , menyelaras dan mengurus kursus dan latihan untuk guru-guru dan bukan guru.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan peraturan sekolah dan asrama.
  • Mengurus perlantikan kontraktor membekal makanan bermasak asrama dan kantin sekolah serta menyelia dan memantau pembekalan makanan bermasak asrama dan kantin sekolah.
  • Memantau dan menyelaras keperluan peralatan dan kemudahan asrama.
  • Merancang dan menyelaras pengurusan SPBT akademik dan arab sekolah menengah dan rendah arab.
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
  • Urusetia mesyuarat Ketua Sektor dan Jawatankuasa Pendidikan MAIM.
  • Mengurus pentadbiran pejabat, surat dan fail bahagian.
  • Menyelaras penyediaan belanjawan tahunan bahagian pendidikan.
  • Mengurus perbelanjaan peruntukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek-projek baru dan pembaikan bangunan sekolah.
  • Menyelaras dan mengurus pengambilan guru dan bukan guru bertaraf kontrak atau sambilan.
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan kakitangan bahagian.
  • Menyedia dan mengemaskini maklumat asas bahagian.

 

  • Aduan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja
  • Sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus dalam peperiksaan dalaman dan awam
  • Sekolah yang dipantau dalam aspek Pengurusan Sekolah mencapai skor minimum 80% markah.
  • Guru yang dipantau dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran mencapai skor minimum 80% markah.
  • Majlis konvokesyen dan penyampaian sijil Tadika diadakan selewat-lewatnya sebelum cuti sekolah penggal ketiga

 

Direktori Kakitangan Bahagian

Sila ikuti pautan berikut.

Download Purchase