Panduan Pengurusan Pelupusan Bahan

PENGENALAN

 

Aktiviti  pembuatan,  pengendalian  penjualan  dan  pelupusan  bahan-bahan  penerbitan serta  perhiasan  yang  mengandungi  ayat-ayat  suci  al-Quran  berlaku  dengan  begitu pantas dan  meluas.  Bahan-bahan  tersebut boleh  didapati   dalam pelbagai  kegunaan, antaranya  dalam  bentuk  penerbitan  bercetak  seperti  buku,  suratkhabar,  majalah, cenderamata, bahan perhiasan, gambar berbingkai, cakera optik termasuk CD, VCD, DVD, pita kaset dan memori kad, pelekat (sticker), poster, kain rentang, pakaian, dan ukiran  pada  jubin  lantai  yang  melibatkan  premis-premis  seperti  kedai,  pasar  raya besar, gerai pasar malam, pejabat dan sebagainya.

 

Sebagaimana  dimaklumi,  Lembaga  Teks  Al-Quran  telah  ditubuhkan  menerusi  Akta Percetakan  Teks  Al-Quran  1986  bertujuan  untuk  memelihara  kesucian         al-Quran daripada  diperalatkan  oleh  pihak-pihak  yang  tidak  bertanggungjawab,  juga  untuk menyeragamkan  ras  al-Quran.  Telah  dipersetujui  hanya                           “rasm  Uthmani  riwayah hafas “  dijadikan sebagai rasm yang akan digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini. Sehubungan itu al-Quran selain daripada  “rasm Uthmani riwayat hafas” seperti rasm Imla’ie, al-Quran yang lusuh, koyak dan sebagainya yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dilupuskan.

 

                                   

            Gambar 1 : Longgokan buku-buku yang mengandungi ayat-ayat al-Quran

 

Islam membenarkan pelupusan teks dan bahan al-Quran yang mengandungi ayat-ayat al-Quran  yang  telah  rosak  atau  tidak  boleh  dibaca  ini  lagi.  Ianya  bertujuan  bagi menjaga supaya  kemuliaannya  sentiasa terpelihara. Sesungguhnya ia  amat menepati sepertimana firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 91  yang bermaksud :

                     Sesungguhnya    Kamilah    yang    menurunkan    al-Quran    dan    Kamilah    yang memeliharanya “ .

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30  yang bersidang pada   Ogos

1992 telah memutuskan bahawa :

i)    Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan rasm Uthmani hendaklah dilupuskan

ii)  Kaedah pelupusan ialah dibakar dan ditanam di tempat yang terkawal

iii) Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urus Setia atau

Majlis   dan   Jabatan   Agama   Islam   Negeri-negeri.   Ia   dilakukan   dengan   cara tersembunyi demi mengelakkan salahfaham orang ramai.

 

 

 

Gambar 2 : Longgokan buku-buku teks yang mengandungi ayat-ayat al-Quran

 

TAFSIRAN

 

Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya mengenai makna yang lain:

 

i)    “Pembuatan”   bermaksud   perihal   (kegiatan,   usaha   dsb)   membuat.2     Ia termasuklah  aktiviti  merekabentuk,  menulis,  mencetak,  menerbit,  mengilang, menjilid,  mengukir  dan  menempa  yang  bertujuan  menghasilkan  sesuatu  bahan penerbitan atau barangan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran.

ii)  “Pengendalian”  bermaksud  perihal  mengendalikan  (mengekang,  menguasai, mengurus, dll)3. Ia termasuklah pengurusan iaitu meliputi kegiatan memperaga, mempamer,   meletak,   menyimpan,   memegang,   membungkus,   mengedar   dan menghantar bahan-bahan yang mengandungi kalimah ayat suci al-Quran.

      iii) “Penjualan”  bermaksud  perbuatan  (kerja)  menjual  4.  Ia  termasuklah  proses jual   beli   yang   juga   meliputi   aktiviti-            aktiviti   import-eksport,   memperaga, mempamer,  meletak,  mengendali,  memegang,  membungkus,  mengiklan,  bahan-        bahan yang mengandungi kalimah ayat suci al-Quran.

iv)  “Ayat  al-Quran”  ertinya  meliputi  mana-mana  bahagian  ayat  al-Quran  dalam bahasa Arab.5

v)   “Bahan  al-Quran”    ertinya  sesuatu  dokumen  yang  mengandungi  mana-mana ayat al-Quran selain daripada suatu ‘teks al-Quran’ sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini.6

vi)  “Teks al-Quran”  ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi teks bahasa Arab yang lengkap bagi al-Quran atau mana-mana bahagiannya yang mengandungi satu juzu’  atau  lebih  sama  ada  dengan  terjemahan  atau  tafsiran  atau  tidak,  mengikut mana-mana yang berkenaan .7

      vii)“Dokumen”  ertinya  apa-apa  hal  yang dinyatakan,  diperhatikan,  atau  bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa            benda, bahan atau artikel, termasuklah apa-apa hal  yang  terkandung  dalam  cakera,  pita,  filem,  runut  bunyi  atau  apa          jua  pun peranti lain, dengan menggunakan:

a)   Huruf,  angka,  tanda,  simbol,  isyarat,  lambang,  atau  apa  jua  pun  bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;

      b)   Apa-apa rakaman tampak ( sama ada imej kaku atau bergerak );

c)   Apa-apa   rakaman   bunyi,   atau   apa-apa   jua   pun   rakaman   elektronik, magnetik,  mekanikal  atau  rakaman  lain  dan  walau  bagaimana  jua  pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik atau apa jua pun data lain;

d)   Suatu  rakaman,  atau  pemancaran  dari  suatu  jarak,  apa-apa  hal  dengan mana-mana,  atau  apa-apa  gabungan,  cara  yang  disebut  dalam  perenggan (a),( b) dan (c).8

e)   Atau  dengan  lebih  daripada  satu  cara  yang disebut  dalam  perenggan  (a), (b),  (c)  dan  (d),  yang dimaksudkan  untuk  digunakan  atau  yang mungkin digunakan  bagi  tujuan  menyatakan,  memperihalkan,  atau  dengan  apa  jua cara sekalipun menggambarkan hal itu ;

 

viii)     “Premis-premis”  bermaksud  bangunan  dan  kawasan  tempat  diuruskan perniagaan  dsb.  9   Ia  termasuklah  mana-mana  tempat,  kedai-kedai,  pasaraya besar, gerai ekspo, pasar malam termasuk kilang, bengkel, setor penyimpanannya, kereta, kapal, kapal terbang dan seumpamanya.

      ix)  “Pelupusan”    bermaksud    perihal    (perbuatan    dsb)    melupuskan10  .Ia termasuklah  mentiadakan  atau  memusnahkan  bahan-bahan  yang  mengandungi ayat suci al-Quran.

 

PANDUAN PENGURUSAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

 

Panduan ini dibahagikan kepada empat ( 4 )   pecahan supaya ia lebih mudah diikuti dan difahami iaitu :

i)    Pembuatan

ii)  Pengendalian

iii) Penjualan

iv)  Pelupusan

i)    Pembuatan

 

Semua aktiviti berkaitan dengan pembuatan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran hendaklah;

a)   Orang  yang  membuat  urusan  pembuatan  adalah  orang  Islam  seperti menjilid, filem, dan sebagainya.

b)   Ayat  yang  dicetak  hendaklah  diambil  daripada  al-Quran  mashaf  Rasm Uthmani dan mengikut kaedah seni khat yang betul.

c)   Dilakukan di tempat yang bersih dan terkawal daripada pencemaran najis.

d)   Menggunakan bahan-bahan pembuatan serta alat-alat yang bersih dan suci mengikut hukum syarak.

e)   Tidak terdedah daripada kemungkinan dilangkah atau dipijak seumpama diletakkan di atas lantai.

f)   Menyediakan tempat pembuangan yang khas untuk dilupuskan.

g)   Dilarang mencetak ayat al-Quran di akhbar-akhbar, penggantung kunci ( key  chain  ),  kasut,  baju,  kad  ucapan,  kad  undangan  perkahwinan,  jubin, cakera  padat  (VCD)  dan  seumpamanya  kerana  dikhuatiri  tidak  dapat menjaga kesuciannya sekalipun untuk tujuan pengiklanan.

h)   Dilarang menulis tulisan selain daripada bahasa Arab.

i)    Dilarang  menulis  atau  membentuk  ayat-ayat  suci  al-Quran  berbentuk binatang,  manusia,  bangunan,  alat  permainan  seperti  wau,  tumbuhan, bunga-bungaan dan seumpamanya.

 

ii)  ) Pengendalian

 

Semua aktiviti berkaitan dengan pengendalian bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran hendaklah;

a)   Dilakukan oleh orang yang beragama Islam.

b)   Bahan / Teks yang mengandungi ayat-ayat al-Quran tidak boleh dilangkah atau diletakkan di atas lantai atau tempat yang terdedah kepada cuaca yang boleh merosakkan seperti hujan.

c)   Diletakkan  di  tempat  yang  khas  dan  tidak  boleh  ditindih  dengan  bahan- bahan lain yang boleh mencemarkan kesuciannya.

d)   Bagi menyentuh dan membawa mashaf al-Quran yang lengkap, pengendali hendaklah  mempunyai  air  sembahyang

(  berwuduk  )   serta  tidak  berhadas besar kecuali al-Quran dalam format cakera optik seperti CD, VCD, Braille dan paparan skrin telefon bimbit.

e)   Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirannya tanpa mempunyai air  sembahyang  tidak  menjadi  haram  sekiranya  tafsirannya  lebih  banyak. Jika  tafsiran  itu  sama  banyak,  atau  tafsirnya  sedikit  atau  diragukan  mana yang  lebih  banyak  di  antara  ayat-ayat  al-Quran  atau  tafsirannya,  maka adalah  haram  menyentuhnya.  Ulama  juga  menggariskan  kedudukan  antara mushaf     dan     tafsir     dalam     mengukur     banyak     sedikitnya.     Ketika menanggungnya  yang  diambil  kira  ialah  jumlah  al-Quran  dan  tafsirnya.

Manakala  dalam  perkara  menyentuh,  yang perlu  diperhatikan  ialah  tempat di  mana  ia  meletakkan  tangannya.  Jika  pada  tempat  itu  tafsirnya  lebih banyak,  tidak  haram  menyentuhnya,  tetapi  jika  al-Quran  lebih  banyak, haram menyentuhnya. 

f)    Barang yang mengandungi ayat-ayat  al-Quran seperti  dalam bentuk cakera optik  tidak  boleh  dibawa  ke  tempat  yang jijik  dan  tercemar  seperti  tandas dan seumpamanya bagi menjaga kesucian al-Quran.

g)   Bungkusan  yang mengandungi  bahan  al-Quran  hendaklah  dilabel  bertanda ”ADA MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN”.

h)    Pengiriman   al-Quran    melalui   pos   hendaklah   secara   berdaftar   dan dibungkus serta dibalut dengan sempurna. Untuk menjaga keselamatan dan kesucian al-Quran, maka pengiriman melalui pos tidak digalakkan.12

i)   Orang-orang   bukan   Islam   adalah   diharamkan,   tidak   boleh   menulis, mengukir,  membentuk,  mempamerkan  dan  menjual  barang-barang  yang mengandungi ayat-ayat al-Quran. 13

 

iii) Penjualan

 

Semua aktiviti berkaitan dengan penjualan bahan-bahan  yang mengandungi ayat- ayat suci al-Quran hendaklah:

 

a)   Dilakukan oleh orang yang beragama Islam sahaja.

b)   Penjualan  bahan-bahan  gunaan  dan  hiasan  yang  mengandungi  ayat-ayat suci al-Quran perlulah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) atau Jabatan Agama Islam Negeri ( JAIN ).

c)   Tidak   terdedah   daripada   kemungkinan   dilangkah   atau   dipijak   seperti diletakkan di atas lantai atau seumpamanya.

d)   Bagi  menyentuh  dan  memegang  bahan  yang  mengandungi  ayat-ayat  suci al-Quran     secara     lengkap,    pengendali    hendaklah    mempunyai     air sembahyang serta tidak berhadas besar.

e)   Tidak diperagakan berhampiran dengan bahan-bahan jualan  yang dilarang dalam  ajaran  Islam  seperti  patung,  bahan  tidak  bermoral,  bahan  yang menjolok mata atau dianggap boleh merendahkan kemuliaan ayat suci al- Quran.

f)   Setiap  barang  jualan  hendaklah  dibungkus  dengan  sempurna  dan  tidak menggunakan kertas atau bahan yang mengandungi tulisan atau gambar.

g)   Dilarang  membungkus  bahan-bahan  jualan  dengan  apa-apa  kertas  yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran.

h)   Pengimport atau pengeksport hendaklah beragama Islam.

 

                        

Gambar 3 : Al-Quran yang telah lusuh dan koyak

 

iv)  Pelupusan

 

Semua aktiviti berkaitan dengan pelupusan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci al-Quran hendaklah:

a)   Bahan buangan atau lebihan yang mengandungi huruf atau ayat-ayat suci al-Quran  hendaklah  dilupuskan  secara  berasingan  daripada  bahan-bahan lain serta dilarang menggunakannya semula bagi apa-apa tujuan sekalipun.

b)   Kaedah  pelupusannya    sama  ada  secara  pembakaran  atau  ditanam.   Al- Quran  yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan  yang bukan rasm Uthmani  hendaklah   dilupuskan.  Kaedah  pelupusan  adalah  dibakar  di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal.14

c)   Cara pembakaran adalah seperti berikut:

  • Bahan   yang   mengandungi   ayat-ayat   al-Quran   yang   dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar
  • Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang  telah  dibakar  hendaklah  dipastikan  dikumpul  supaya  tidak ditiup angin atau bersepah-sepah
  • Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam di tempat yang bersih atau  tempat  yang  tidak  dilalui  orang  atau  dibuang  ke  dalam  laut atau sungai yang mengalir airnya
  • Kerja-kerja   pembakaran   hendaklah   dikawalselia   oleh   pegawai Kementerian  Dalam  Negeri  ( KDN )  atau   Jabatan  Agama  Islam Negeri atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut
  • Termasuk  juga  dalam  garis  panduan  ini  ialah  hadis-hadis  nabi  dan  doa-doa  yang mengandungi gabungan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah di dalamnya.

 

     d)   Manakala bagi pelupusan buku teks Pendidikan Islam secara kitar semula( recycle ) adalah diharuskan dengan               syarat-syarat berikut 15:

Kerja-kerja  pengkitaran  semula  buku-buku  teks  Pendidikan  Islam seelok-eloknya  dilakukan  oleh  syarikat
yang dimiliki  oleh  orang Islam. Pekerja  yang  terlibat  dalam  proses  pengkitaran  semula  hendaklah terdiri daripada orang Islam. Kertas   dan   buku   teks   Pendidikan   Islam   yang   dikitar   semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan-bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya. Bahan-bahan  kimia   yang  digunakan  dalam  proses  pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.

 

KESIMPULAN

 

Panduan   ini   diharapkan   dapat   dijadikan   sebagai   satu   sumber   rujukan   dalam melaksanakan   pelupusan   bahan-bahan   yang   mengandungi   ayat-ayat   al-Quran. Walaupun ia diterangkan secara ringkas namun moga-moga ia menjadi manfaat besar kepada  semua  yang  terlibat  dalam  aktiviti  pembuatan,  pengendalian,  penjualan  dan pelupusan  bahan-bahan  penerbitan  dan  perhiasan  yang  mengandungi  ayat-ayat  suci al-Quran  ini.

 

RUJUKAN

Kamus Dewan (Edisi Ketiga). 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Akta Percetakan Teks Al-Quran. Semua Pindaan Hingga Disember. 2009 (Akta 326). 2009.

Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd.

Jabatan   Kemajuan   Islam   Malaysia.   2009.   Keputusan   Muzakarah   Jawatankuasa   Fatwa Kebangsaan  Bagi  Hal  Ehwal  Ugama  Islam                Malaysia.  Kuala  Lumpur:  Visual  Print Sdn. Bhd.

Jabatan  Kemajuan  Islam  Malaysia.  2001.  diterjemah.  Tafsir  Pimpinan  Ar-Rahman  Kepada

Pengertian Al-Quran  cetakan kedua belas. Kuala Lumpur: Darul Fikir

 

Sebarang pertanyaan , bolehlah menghubungi :

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Agama Islam Melaka

No. 55, Jalan KPAA 2,

75400 Bukit Palah, Melaka

Tel     :           06-33333333 samb 3622

Faks   :           06-2882352