Jawatan Kosong

Iklan Kekosongan Jawatan Guru Takmir

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini berbesar hati mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut :

 

  1. Jawatan                :       Guru Takmir
  2. Taraf                     :       Sambilan
  3. Deskripsi Tugas  :       Mengajar mala pelajaran Feqah, Hadith, Tafsir, Akidah, Sirah dan Akhlak & Tasawwuf mengikut sukatan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia
  4. Kadar Elaun        :       RM100 setiap sesi pengajaran

* Maksimum kadar elaun mengajar 8 kali / bulan (RM 800.00 )

  1. Syarat permohonan :
  1. Ilmuan dalam bidang Agama yang berkelayakan dan berwibawa;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. berumur 25 hingga 65 tahun; dan
  4. Pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Melaka.
  1. Kekosongan         :       50 orang (lelaki sahaja)
  2. Penempatan        :       Masjid / surau yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka
  3. Permohonan       :       Borang Permohonan boleh diperolehi di laman sesawang www.jaim.gov.my atau di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau di Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Melaka.
  4. Tarikh tutup         :       Sebelum atau pada 15 November 2019 @ 18 Rabiulawwal 1441H (Jumaat)
  5. Ketidakpatuhan   :       Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah tamat tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

 

***   Sebarang pertanyaan permohonan Guru Takmir boleh hubungi :

Bahagian Pengurusan Masjid,

Jabatan Agama Islam Melaka,

Kompleks Al-Azim, Fasa 2,

75150 Bukit Palah Melaka

No. Telefon : 06-281 1538 / 06-2882636

No Faks : 06-283 9400