Sebutharga 4

Kerja-Kerja Pembaikan Kecil Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka

  1. Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor/pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera yang masih sah berdasarkan spesifikasi berikut :

NO. SEBUT HARGA

TAJUK SEBUT HARGA

GRED & KOD BIDANG

TARIKH TUTUP

ALAMAT SYARIKAT

JAIM/PB/2020/10

Kerja-Kerja Pembaikan Kecil Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka

Gred G1, Kategori B, Pengkhususan B04 - Kerja Am Bangunan

14 Julai 2020 Jam 12.00 tengah hari

Daerah Alor Gajah Sahaja

 

 

 

 

  1. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan COVID-19, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 09 Jun 2020 di seluruh negara.  Oleh yang demikian, 'Lawatan Tapak' adalah tidak diwajibkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.  Penyebutharga digalakkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang diperlukan bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebut harganya.
     
  2. Borang-borang sebut harga boleh didapati secara percuma melalui Laman Sesawang Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) : http://www.jaim.gov.my/ mulai 1 Julai 2020 (Rabu) hingga 14 Julai 2020 (Selasa)
     
  3. Semua borang sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkakn ke dalam sampul surat yang dimeterai dan ditulis nombor sebut harga di sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Aras 2, Pusat Islam Melaka, 75400 Bukit Palah, Melaka tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 14 Julai 2020 (Selasa).
     
  4. Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan tersebut boleh menjejaskan pertimbangan terhadap sebut harga tuan/puan

 

TAKLIMAT SEBUTHARGA

BORANG SEBUTHARGA