Sebutharga 5

Sebut Harga Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Dan Penyelenggaraan Landskap Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil, Melaka

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang Berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah Kod Bidang Bekalan/Perkhidmatan 221002 dan 221003 (Pembersihan Kawasan dan Mengangkat Sampah) yang masih sah dan berkuatkuasa seperti berikut :

No. Rujukan Sebut Harga

Tajuk Sebut Harga

Syarat Pendaftaran (Kod Bidang)

Dokumen Sebut Harga

Tempat, Tarikh & Masa Tutup Sebut Harga

JAIM/KP/SH/10/2020

Sebut Harga Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Dan Penyelenggaraan Landskap Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil, Melaka

Terbuka kepada kontraktor/pembekalyang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Sijil Pendaftaran Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia Yang Masih Sah dan beralamat di Negeri Melaka

 

Kod Bidang :

221002 & 221003

 

(PEMBERSIHAN KAWASAN DAN MENGANGKAT SAMPAH)

Borang-borang sebut aharga boleh didapati secara percuma melalui Laman Sesawang JAIM http://www.jaim.gov.my/ atau aplikasi facebook Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mulai 30 Jun 2020 (Selasa) Jam 10.00 Pagi hingga 10 Julai 2020 (Jumaat)

Semua borang sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan ditulis nombor sebut harga di sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga

 

Tempat:

 

Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 2, Pusat Islam Bukit Palah 75400 Melaka

 

Tarikh Tutup Dan Masa :

10 Julai 2020 (Jumaat) 12.00 tengah hari

 

 

  1. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan COVID-19, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 09 Jun 2020 di seluruh negara.  Oleh yang demikian, 'Lawatan Tapak' adalah tidak diwajibkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19.  Kontraktor perlu memastikan dokumen sebut harga yang lengkap perlu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut :


a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan dan masih berkuatkuasa;

b) Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa;

c) Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise, lengkap bersama dengan senarai pemilik.

 

  1. Jabatan Agama Islam Melaka tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.  Keputusan Sebut Harga ini adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  2. Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan tersebut boleh menjejaskan pertimbangan terhadap Sebut Harga tuan/puan

    BORANG SEBUTHARGA