replica rolex watches minereplica.com replica watches https://www.malereplica.com rolex replica https://www.goldreplicashop.com replica rolex replique rolex https://www.montresdecopie.com buyreplikauhren fake uhren replicas de relojes https://www.replicaenespanol.com fakewatches.es https://imitacionrelojes.es/ relojespanol.es replica-watches.es replicadeespana.es replicafalsa replicas relojes

Sebutharga 3

SEBUTHARGA PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR DAN PENAMBAHBAIKAN KECIL DI SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ABQARI DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH, MELAKA

SEBUTHARGA JAIM/KP/PB/2021/02

 

Sebutharga Adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan berkuatkuasa seperti berikut:

  • No.Perolehan/Sebutharga: JAIM/PB/2021/02
  • Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 
  • Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) , Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera yang masih sah dengan : GRED G1, KATEGORI B, PENGKHUSUSAN B04 - KERJA AM BANGUNAN yang beralamat di Daerah Alor Gajah, Melaka sahaja dibenarkan menyertai sebutharga ini
  • Tarikh Tawaran : 1 Februari 2021 (Isnin) hingga 19 Februari 2021 (Jumaat)
  1. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan COVID-19, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) pada 13 Januari 2021. Oleh yang demikian, 'Lawatan Tapak' adalah tidak diwajibkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19. 
     
  2. Pihak Kontraktor digalakkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang diperlukan bagi menyiapkan kerja, cra-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharganya.
     
  3. Kontraktor yang berminat perlu melalui proses Pendaftaran Sebutharga dengan menghantar salinan sijil syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera yang masih sah kepada emel Unit Pembangunan Bahagian Khidmat Pengurusan JAIM: pembangunan[email protected] pada 14 September 2021 bermul jam 8.00 pagi sehingga 15 September 2021 jam 12.00 tengahari.
     
  4. Borang Sebut harga akan diberikan kepada kontraktor yang telah melepasi tapisan pendaftaran sebut harga sahaja melalui balasan emel secara berperingkat mulai 17 September 2021 hingga 20 September 2021.  Salinan sijil yang berkenaan perlulah jelas dan terang. Nombor pendaftaran sebut harga akan diberikan mengikut Nombor Siri Borang Sebut Harga.
     
  5. Borang sebut harga dalam bentuk cetak (hardcopy) yang telah lengkp diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterai dan ditulis nombor sebut harga di sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga, Unit Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Aras 2, Pusat Islam Melaka, 75400 Bukit Palah Melaka tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 27 September 2021 (Isnin)
     
  6. Adalah diingatkan bahawa kegagalan tuan/puan bagi mematuhi arahan-arahan tersebut boleh menjejaskan pertimbangan terhadap sebut harga tuan/puan.
123movies