Dasar Keselamatan dan Privasi
1.
Dasar Keselamatan
1.1 Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi
data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat
adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
1.2 Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan
disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai
2.
Dasar Privasi
2.1 Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan
perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang
mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan
agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan
efektif.
Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari
agensi-agensi lain.
2.2 Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali
maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel dan pendaftaran.
2.3 Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang
Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya
terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang
terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan
pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap
laman web yang dilayari.
2.4 Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang
dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat
dikongsi bersama pihak yang lain.
3.
Maklumbalas dan Aduan
3.1 Maklum Balas
Pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan
anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam
Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.
3.2 Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi
atau Portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui menu Maklumbalas yang
disediakan dalam Portal ini.