PERUTUSAN PENGARAH

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta hidayahNya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba Allah untuk melaksanakan amalan kebajikan di muka bumi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung laman web yang dihormati kerana melayari laman web rasmi Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM).

Laman web ini dibangunkan agar orang ramai boleh berkomunikasi dengan lebih mudah, pantas dan tepat serta mendapat perkhidmatan yang lebih efektif daripada JAIM. Ianya juga diharap dapat menjadi pemangkin untuk orang ramai mengenali JAIM dengan lebih dekat dan mesra.

Laman web JAIM merupakan salah satu wadah dan saluran penyebaran maklumat dan informasi. Ia selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan bagi sektor-sektor awam. Melalui laman web ini diharapkan semua maklumat yang diperlukan dapat dijadikan rujukan kepada semua golongan.

JAIM peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran semasa dan berazam untuk memanfaatkan lagi teknologi dengan memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara lebih cekap dan berkesan serta menepati keperluan pelanggan selaras dengan visi dan misi Jabatan.

Semoga segala maklumat dan perkongsian ilmu yang disebarkan ini akan memberi manfaat kepada semua. Orang ramai juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan, teguran serta memberi maklum balas mahupun sebarang pertanyaan melalui e-mel bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Jabatan dan membantu merealisasikan harapan anda.

DATUK BADARUDDIN BIN MOHD KASSIM
Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka

TOP