Fungsi
Fungsi Jabatan Agama Islam Melaka adalah sebagai pelaksana dasar-dasar berkaitan dengan Hal Ehwal Islam yang ditentukan oleh Majlis Agama Islam Melaka selaku Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kerajaan Negeri Melaka sebagaimana berikut:
- 
- Khidmat Pengurusan :
 Mengurus pentadbiran dan sumber manusia, kewangan, pembangunan, teknologi maklumat dan perkhidmatan organisasi.
 
 
- 
- Dakwah :
 Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti dakwah Islam dan penerbitan risalah.
 
 
- 
- Pendidikan :
 Menyediakan kemudahan pendidikan agama dan akademik kepada pelajar-pelajar diperingkat Tadika, SRA, SABK dan Maahad Tahfiz.
 
 
- 
- Undang-Undang Keluarga Islam :
 Menyediakan perkhidmatan nikah, cerai, rujuk dan bimbingan keluarga.
 
 
- 
- Penguatkuasa :
 Penguatkuasaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2002 & enakmen berkaitan:
 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2002
 - Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1991
 - Enakmen Tatacara JenayahSyariah 2002
 - Enakmen Pengawalan Sekolah Agama 2002
 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002
 - Enakmen Tatacara MAL Mahkamah Syariah 2002
 
 
- 
- Pengurusan Halal :
 Menguruskan pensijilan halal, sijil tauliah penyembelihan, pemantauan sijil halal dan sijil tauliah.
 
 
- 
- Pengurusan Masjid :
 Mengurus perjawatan, latihan kompetensi pegawai, pembangunan serta pengimarahan masjid dan surau di Negeri Melaka.
 
 
- 
- Pejabat Agama Daerah :
 Menyediakan perkhidmatan kekeluargaan seperti nikah, cerai, rujuk dan bimbingan kekeluargaan kepada penduduk.<