PENGURUSAN PENDIDIKAN

AB. KHAWI BIN CHE ABDUL RAHMAN
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Melaka

Lot 43-45, Jalan KPAA 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim
Bukit Palah 75150 Melaka

No Telefon : 06-288 2040
No Faks : 06-2827916

OBJEKTIF BAHAGIAN

Menyediakan sistem pendidikan agama yang dapat melahirkan ummah yang bertakwa dan berakhlak mulia

Sektor Pengurusan Sekolah
Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah agama negeri yang sistematik, kondusif dan berkesan.
 

Sektor Pengurusan Akademik

  • Membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran yang ada dalam kurikulum JAIM, kurikulum bersepadu Sek. Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
  • Mempertingkatkan prestasi pancapaian pelajar dalam sekolah peperiksaan yang dikendalikan oleh JAIM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Mewujudkan suasana asrama yang kondusif
  • Membentuk pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang kokurikulum
  • Mewujudkan sistem pengurusan pelajar yang teratur dan berkesan
  • Melahirkan anggota perkhidmatan pendidikan yang cemerlang

 

Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
Mewujudkan sistem pentadbiran, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia dilaksanakan dengan cekap dan teratur

FUNGSI BAHAGIAN

Sektor Pengurusan Sekolah

  • Merancang , menyelaras dan memantau institusi pendidikan agama negeri.
  • Menyelaras keperluan guru, kelas dan peralatan sekolah.
  • Menguruskan permohonan pendaftaran sekolah agama swasta
  • Menguatkuasakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Melaka
  • Menyelaras pentadbiran dan aktiviti PIBG dan LEKAS.
  • Menyelaras pengurusan pentadbiran dan kewangan sekolah-sekolah agama negeri.
  • Menyelaras peraturan sekolah dan disiplin pelajar.
  • Mengadakan kursus asas guru-guru sekolah agama.
  • Menguruskan penempatan dan pertukaran guru-guru sekolah agama.

Sektor Pengurusan Akademik

  • Menyedia dan mengemaskini kurikulum sekolah agama negeri.
  • Memantau pelaksanaan kurikulum yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Menguruskan peperiksaan di bawah kurikulum agama.
  • Menyelaras urusan peperiksaan kurikulum akademik.
  • Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
  • Menyelia pengurusan pusat sumber sekolah.
  • Merancang dan melaksanakan latihan guru-guru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan dan mengemaskini senarai buku teks kurikulum agama dan akademik.
  • Merancang dan menyelaras program kecemerlangan pelajar.
  • Sektor Pengurusan Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

    • Mengurus perkara berkaitan hal ehwal murid dan pelajar merangkumi urusan pengambilan pelajar baru, pertukaran sekolah, disiplin, bimbingan dan kaunseling, kesihatan, kebajikan, biasiswa dan asrama.
    • Mengurus hal ehwal berkaitan aktiviti ko-kurikulum merangkumi persatuan pelajar, pasukan pakaian seragam dan sukan serta menyelaras kursus untuk kecemerlangan pembelajaran dan kepimpinan pelajar.
    • Merancang , menyelaras dan mengurus kursus dan latihan untuk guru-guru dan bukan guru.
    • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan peraturan sekolah dan asrama.
    • Mengurus perlantikan kontraktor membekal makanan bermasak asrama dan kantin sekolah serta menyelia dan memantau pembekalan makanan bermasak asrama dan kantin sekolah.
    • Memantau dan menyelaras keperluan peralatan dan kemudahan asrama.
    • Merancang dan menyelaras pengurusan SPBT akademik dan arab sekolah menengah dan rendah arab.

    Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan

  • Urusetia mesyuarat Ketua Sektor dan Jawatankuasa Pendidikan MAIM.
  • Mengurus pentadbiran pejabat, surat dan fail bahagian.
  • Menyelaras penyediaan belanjawan tahunan bahagian pendidikan.
  • Mengurus perbelanjaan peruntukan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek-projek baru dan pembaikan bangunan sekolah.
  • Menyelaras dan mengurus pengambilan guru dan bukan guru bertaraf kontrak atau sambilan.
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan kakitangan bahagian.
  • Menyedia dan mengemaskini maklumat asas bahagian.

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan proses pendaftaran SRA JAIM dan Tadika JAIM secara atas talian ERS dibuka pada 1 April hingga 31 Ogos setiap tahun

TOP