Selasa, 11 Mei 2021

Pengenalan

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan  serta   mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah    dikemukakan  kepada  JPA  untuk  kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Senarai Wakil Pekerja MBJ JAIM 2020/2021

Bil.

Nama

Jawatan

1.

Encik Muhamad Adib bin Hatim

Pengerusi

2.

Puan Nursheha binti Mohd Hadzri

Timbalan Pengerusi

3.

Encik Mohd Arif Rahimi bin Md Sakih

Wakil Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41

4.

Encik Shahrir Asraf bin Datuk Hj. Azmi

Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana

Gred 29/32

5.

Encik Ismail bin Md Yatim

Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan

Gred N/S/W 22/26

6.

Encik Nur Afifudin bin Mustapah

Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan

Gred W19

7.

En. Mohd Zahid bin Md. Ali         

Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana

Gred N/FT/J19

8.

Puan Norashikin binti Harun          

Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana

Gred S19

9.

Puan Rabeahtul Adawiyah binti Ab Jabbar

Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan

Gred 19

Daerah Melaka Tengah

10.

Puan Siti Noorfauzah binti Abu Bakar

Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan

Gred 19

Daerah Alor Gajah

11.

Cik Ifah Syahindah binti Mansor

Wakil Pekerja Kumpulan Sokongan

Gred 19

Daerah Jasin

12.

Encik Muhammad Uzair Kamil bin Saidi

Wakil Penyelia (Diniyyah)

13.

Puan Rosnah binti Jabar 

Wakil Penyelia (SRA)

14.

Encik Afham bin Mohd Sharif

Wakil Penyelia (Tadika)

15.

Encik Noridzuan bin Mohamad          

Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana

(Pembantu Operasi)

16.

Encik Muhammad Ridhwan bin Zakaria

Wakil Pekerja Kumpulan Pelaksana (Pemandu)

17.

Puan Syaza Abrizah binti Md Jani        

Setiausaha