๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐-๐ ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐/ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐จ๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก
1. JAIM ingin menarik perhatian kepada mana-mana pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
2. Saranan ini dibuat supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
3. JAIM juga ingin memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
4. Kepada mana-mana pengusaha, terutama pengusaha hotel atau premis makanan yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya, namun masih belum mempunyai SPHM adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin di Bahagian Pengurusan Halal JAIM.



