
7 Jun 2025 (Sabtu)
8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
Pada 7 Jun 2025, bersamaan 10 Zulhijjah 1446H, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman telah menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Turut hadir bersama adalah YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Bagi memeriahkan lagi suasana Aidiladha, TYT Tun Seri Setia juga telah menyaksikan acara korban berkelompok yang berlangsung di dataran Masjid Al-Azim. Dengan penuh rasa syukur, beliau turut menyempurnakan penyampaian daging kurban kepada penerima yang memerlukan.
Program Korban Perdana Peringkat Negeri Melaka 1446H ini dianjurkan dengan kerjasama ezQurban, di mana sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada mereka yang berhak.