
Pada 16 Jun 2025 (Isnin) bersamaan 19 Zulhijjah 1446H, satu program lawatan telah diadakan oleh YB Senator Datoโ Setia Dr. Haji Mohd Naโim bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Surau Al-Munawwarah, Kampung Orang Asli Bukit Seraya, Jasin, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara pihak kerajaan dan komuniti Orang Asli serta meninjau secara langsung keperluan dan perkembangan di kawasan tersebut.
Majlis berlangsung pada jam 1.00 tengah hari dan turut dihadiri YB Datuk Hj Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan pegawai daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta wakil penggerak masyarakat Orang Asli dari pelbagai daerah.