
Tahniah kepada kontinjen negeri Melaka atas pencapaian cemerlang dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat kebangsaan kali ke-11 tahun 1446H/2025M yang berlangsung pada 20 hingga 22 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak Darul Ridzuan.
Keputusan penyertaan kontinjen Melaka:
Tilawah al-Quran (L) – Johan
Syarahan Bahasa Inggeris (P) – Tempat Ketiga
Seni Khat (L) – Johan
Inovasi – Tempat Ketiga
Kalam Jamaie (P) – Naib Johan
Nasyid (L) – Tempat Keempat