
Taklimat & Bengkel Pelaksanaan Sistem Pelaporan Pengurusan Kewangan Masjid & Surau Negeri Melaka telah dilaksanakan pada 30 Jun – 1 Julai 2025. Bengkel bermula jam 8.00 Pagi – 5.00 Petang dan bertempat di Masjid Ar Rasyidin Alor Gajah serta Balai Cerap Al-Khawarizmi Tanjung Bidara Melaka. Bengkel ini melibatkan AJK Masjid Daerah Alor Gajah serta Masjid Tanah.