PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan Jabatan Agama Islam Melaka adalah seperti berikut:

  • Proses Permohonan Sijil pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas fi pensijilan diterima
  • Sijil kursus praperkahwinan Islam (bersemuka) dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari
  • Memastikan proses pendaftaran pelajar ke Tadika dan SRA JAIM secara atas talian melalui Islamic Education Management System (IEMS) dibuka mulai 01 Mac sehingga 31 Oktober setiap tahun
  • Siasatan aduan kerosakan bangunan keagamaan dijalankan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas aduan diterima
  • Surat perakuan nikah (sijil) dan kad perakuan nikah disediakan dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran nikah dibuat
  • Surat kebenaran ceramah agama kepada warganegara asing dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah diperakui oleh Cawangan Khas PDRM
  • Siasatan ke atas aduan mengenai penyelewengan akidah dan bahan-bahan penerbitan/ gunaan/ perhiasan berunsur Islam mula dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima
  • Melaksanakan tindakan operasi/ gerakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh maklumat kesalahan syariah diterima
  • Tindakan pertama dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan pelanggan diterima
  • Teks khutbah diedarkan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh bacaan khutbah melalui pelbagai saluran sama ada di laman sesawang JAIM, media sosial atau serahan di Pejabat Agama Islam Daerah
TOP